News

Staff hospital Tawau ditahan atas suapan berjumlah RM16,000

TAWAU, 16 Julai 2020: SPRM Cawangan Tawau Sabah telah menahan seorang Pembantu Tadbir Kewangan yang bertugas di sebuah hospital kerana menggunakan jawatannya untuk mendapatkan  suapan berjumlah RM16,000.

Lelaki berusia 54 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2 petang ini di Tawau.

Menurut kenyataan akhbar, lelaki terbabit dikatakan telah menggunakan jawatannya itu untuk meluluskan proses pembayaran kerja-kerja penyelenggaraan kuarters kerajaan kepada sebuah syarikat yang sebenarnya dilakukan oleh suspek sendiri bagi mendapatkan wang tersebut.

Sementara itu dalam kes berasingan, SPRM Cawangan Tawau juga telah menahan sepasang suami isteri kerana dipercayai mengemukakan maklumat palsu kepada Pejabat Pendidikan Daerah bagi mendapatkan tender kantin sekolah bernilai kira-kira RM100,000.

Kesalahan tersebut telah dilakukan pada 2017.

Pasangan berusia lingkungan 30an itu ditahan hari ini kira-kira pukul 10.30 pagi di Tawau.

Difahamkan kesemua suspek bagi kedua-dua kes ini akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau pagi esok untuk menghadapi pertuduhan atas kesalahan berkaitan.

Pengarah SPRM Sabah S. Karunanithy ketika mengesahkan penahanan terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 23(1) ASPRM 2009 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.