Community

Angkat barang sekolah bersama Cikgu Harry

Cikgu Harryanto Bikal a.k.a superhero yang pernah menjadi tular di social media kerana mengangkat peti sejuk seberat 40 kilogramme untuk dihantar ke sekolah, akan menganjurkan mega expedisi minggu depan.

Guru Sains di Sekolah Kebangsaan Longkogungan yang terletak kira-kira 10 kilometer daripada jalan utama di daerah Penampang, memohon jasa orang ramai terutama penggemar aktiviti lasak untuk membuat “charity” dengan mengangkat barang-barang keperluan sekolah.

Difahamkan antara barang-barang yang diderma dan perlu dipikul termasuklah tilam-tilam, bantal, selimut, perkakas dapur dan alat komputer.

Bagi yang pernah mendaki Gunung Kinabalu, perjalanan ke SK Longkogungan adalah lebih susah dengan kecuraman jalan yang merentasi hutan tebal, mengharungi sungai, melintasi titian, merangkak dan memanjat batu besar.

Perjalanan tersebut akan menjadi lebih susah dengan beban yang perlu dipikul . Bak kata pepatah “Berat sama dipikul”, dengan penyertaan sukarelawan yang ramai, beban tersebut boleh dikurangkan.

Cikgu Harryanto Bikal, guru sains Sk Longkogungan yang memikul 40 kg peti sejuk sepanjang 10kilometre.

Berikut adalah syarat-syarat untuk menyertai expedisi tersebut:

MEGA CHARITY HIKE 2020
🌲🌳⛰️🏫👣🌺🌹https://forms.gle/PDFP4j6CnDc9d9e39

MATLAMAT
Membantu mengangkat dan menghantar barangan seperti Tilam,bantal,selimut, tikar getah, cat, brg ict, makan, keperluan dan perkakas dapur, lampu solar, dll

TARIKH
25-26 JULAI 2020 (Sabtu & Ahad)

  • Bermalam di sekolah selama 1 malam.

DESTINASI🏫
SK Longkugungon Penampang,Sabah.

JARAK & MASA
PERGI & BALIK 20KM
Anggaran Masa perjalanan dgn bebanan

  • 2-4 Jam (super fit)
  • 4-6 jam (normal)
  • 6 Jam ke atas kurang fit (harap tdk cedera)

⚘ BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT
⚘ BIAR LAMBAT ASAL KUAT

PESERTA

  • Mestilah cukup fit
  • Mempunyai daya tahan yg tinggi & kental (fizikal mental emosi dan rohani)
  • Daya tahan kardio yg tinggi ( tahan nafas)
  • TIDAK MENGHIDAP PENYAKIT KRONIK
  • Mesti sihat terutama musim PKPP ni.

KEADAAN LALUAN

  • Sangat mencabar
  • Licin – akar kayu , batu, tanah becak
  • bukit tinggi (lutut – dagu) perjlnan masuk menuruni bukit dan keluar mendakiii bukit.
  • titian kayu dan jambatan gantung hanya dibenarkan 1 org utk setiap masa

🔊🔊🔊

  • Semua peserta mohon kerjasama supaya tidak membuang sampah merata tempat
  • * bergerak dalam kumpulan*
  • mematuhi arahan
  • * saling hormat menghormati*
  • * bekerjasama dan saling memahami*

25/7
▪ 6.00am pendaftaran semua peserta berkumpul di bt32 jln pnpg-tambunan (gunung emas)
▪6.30am taklimat ringkas
▪6.45am pengagihan brg
▪7.00am kumpulan pertama dilepaskan oleh Tn. Francis Au (SU kerajaaan negeri)
▪12.00pm semua peserta sampai ke destinasi

26/7
▪ Jam 6.00am bersiap sedia
▪ Jam 7.00am sarapan
▪ Jam 8.00am bertolak semula ke gunung emas
▪ Jam 3.00pm semua peserta sampai

⚘⚘⚘

Terima kasih banyak-banyak semoga kita sentiasa dirahmati Tuhan.

“When you are kind to others,it not only changes you, it changes the world.”

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.