BATA sumbang 60,000 pasang kasut kepada frontliners PDRM

KUALA LUMPUR: Syarikat Bata Primavera Sdn. Bhd. yang diwakili pengarah urusannya, Tuan Ajay Ramachandran menyumbang sejumlah 60,000 pasang kasut bernilai RM3.6 juta kepada petugas barisan hadapan Polis Diraja Malaysia (PDRM), dalam satu majlis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini(Julai 17).

Sumbangan berkenaan adalah rentetan daripada pengumuman oleh syarikat kasut terkemuka dunia itu untuk menyumbangkan sejumlah satu juta pasang kasut kepada petugas barisan hadapan dan sukarelawan di seluruh dunia yang terlibat dalam memerangi penularan wabak pandemik COVID-19.

Berucap dalam majlis itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menzahirkan penghargaan atas sumbangan dan keprihatinan pihak Bata kepada wira-wira negara yang telah berkorban serta bertungkus-lumus menjaga keselamatan seluruh rakyat Malaysia.

PDRM amat menghargai usaha murni pihak syarikat dalam menghulurkan sumbangan yang cukup bermakna ini. Lebih manis lagi, kasut ini bukan sahaja akan diagihkan kepada warga PDRM di semua peringkat, tetapi juga kepada ahli keluarga mereka”, ujarnya.

IGP Tan Sri Abdul Hamid Bador

“Sehingga Disember 2019, dividen yang terkumpul sebanyak RM37,104,150.00 telah diagihkan kepada KPDRM.

“Ini amat bertepatan dengan perancangan strategik koperasi, untuk mengekalkan pelaburan syarikat bagi memastikan keuntungan yang konsisten dalam jangka masa panjang,” jelas Tan Sri Abdul Hamid lagi.

Majlis tadi turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor, Pengerusi KPDRM, Dato’ Seri Ayub Yaakob, barisan Pengarah PDRM, para pegawai Syarikat Bata dan PDRM serta rakan media.

Sumber: Facebook PDRM.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.