Kes COVID-19 di Sandakan melibatkan pengembara luar negara

SANDAKAN:Sabah mencatatkan satu pertambahan kes daripada daerah Sandakan yang melibatkan seorang lelaki bukan warganegara.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata pesakit tersebut dikategorikan sebagai kes import kerana baru balik daripada luar negara.

“Kes tersebut merupakan seorang lelaki bukan warganegara yang telah dikesan positif COVID-19 semasa aktiviti saringan pengembara dari luar negara.

“Kes ini telah dimasukkan ke wad Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

“Penyiasatan kes oleh pejabat kesihatan telah mengenalpasti kesemua kontak dan mereka dikehendaki untuk menjalani ujian saringan,” beliau berkata di satu kenyataan akhbar.

Pengembara luar negara diwajibkan untuk buat ujian RT-PCR

Dr Christina berkata beberapa kes telah dikesan positif dalam kalangan pengembara yang balik daripada luar negara.

“Oleh yang demikian, JKNS menetapkan semua pengembara perlu menjalani RT-PCR dalam minggu pertama dan ujian antibodi sebelum tempoh kuarantin tamat.

“Tindakan Undang-Undang akan diambil ke atas mereka yang gagal mematuhi peraturan ini.”

Hanya 3 kes aktif di Sabah

Sabah mencatatkan 381 kes dengan 7 kematian.

Kes aktif Covid-19 di Sabah masih kekal 3 dengan pertambahan satu kes hari ini (July 17) dan seorang pesakit telah sembuh.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.