KOTA KINABALU: Pihak polis telah menangkap 44 individu termasuk 4 wanita semasa membuat 22 serbuan di kawasan setinggan.
Sepanjang tempoh dua hari Ops Sarang ini, 7 ditahan kerana terlibat dengan kes pengedaran dadah di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Bahaya 1952, manakala 12 individu lain ditahan dibawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Bahaya 1952.
25 individu juga ditahan kerana ujian air kencing didapati positif dadah, manakala selebihnya adalah warganegara asing.
Kesemuanya adalah dalam lingkungan umur 19 hingga 55 tahun.
Menurut ketua polis daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji rampasan dadah sepanjang tempoh operasi bernilai RM1,353.
“Pada kali ini, hasil daripada maklumat risikan di kawasan hospot penempatan setinggan atas air dan kawasan penempatan pendatang tanpa izin telah membuahkan kejayaan yang besar pada Ops Sarang Khas kali ini.
“Operasi yang dijalankan serentak di seluruh negeri Sabah adalah usaha Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Sabah dalam memantau, mengesan dan mengekang segala aktiviti pengedaran, penyeludupan dan penyalahgunaan dadah di dalam negeri. “
ACP Habibi Majinji
