KENINGAU: Selama 25 tahun, Cikgu Jusseh Agitor menempuhi banyak cabaran untuk mengajar di sekolah pedalaman.
Menurut anak beliau Zazila Ojey di satu kenyataan Facebook, kereta Cikgu Jusseh hampir terjatuh di jambatan usang semasa menuju balik ke rumah di Keningau dari Sekolah Pengaraan Jumaat lalu.
“Kami tahu sesuatu terjadi apabila ibu-bapa kami lewat (tiba di rumah). Kakak saya semakin risau apabila masa menunjukkan jam 6pm tetapi belum terima sebarang Whatsapp.
“Pada jam 7pm, kami menerima mesej dalam Whatsapp group “Kami hampir sampai rumah” dengan kepilan gambar-gambar tersebut,” Zila juga menjelaskan bapa beliau Perwira@ Roslan Ramis sentiasa menemani Cikgu Jusseh semasa kejadian tersebut.

Pasangan tersebut dibantu oleh satu lagi kenderaan yang datang sejam kemudian.
Zazila juga berkata semasa kereta ditarik keluar, Cikgu Jusseh hampir terjatuh 6 metre ke bawah apabila terpijak dengan jambatan yang usang.
“Dengan hanya satu tangan berpaut di jambatan, bapa saya sempat menyelamatkan ibu.
-Zazila
“Bapa saya meminta untuk kongsi post ini kerana dia tidak pasti samada jambatan tersebut sudah dibaiki dan pihak berkewajipan patut buat sesuatu.”
2020: Kemudahan asas patut diutamakan untuk keselamatan guru dan orang awam.

Sementara itu, seorang warganet Nina Othman juga telah kongsi “post’ tersebut dan menyatakan kejadian seumpama itu tidak wajar berlaku pada tahun 2020.
“Dari hari pertama, pasangan tersebut sudah melakukan perbuatan yang mulia untuk memastikan tiada pelajar yang ketinggalan.
“Ini melibatkan keselamatan para guru, kanak-kanak dan orang kampung.
“Mereka akan terjejas apabila sekolah bermula esok kerana jambatan tersebut merupakan akses utama untuk lapan sekolah. “
Antara sekolah-sekolah tersebut adalah SK Bonor, SK Mamagun, SK Binaun, SK Pohon Batu, SK Pengaraan, Nagkawangan, SK Layon, SK Prontomon.