Covid-19: Lelaki berasal dari Putatan kini di ICU

KOTA KINABALU: Seorang warganegara lelaki yang mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dalam keadaan tenat didapati positif Covid-19.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi, saringan telah dibuat ke atas pesakit tersebut selepas dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth 2.

“Kini kes sedang mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi di hospital Queen Elizabeth dan kes tersebut dikategorikan sebagai jangkitan tempatan,” beliau berkata di satu kenyataan media merujuk kepada mesej yang diviralkan dalam laman Facebook.

Walau bagaimanapun, Jabatan tersebut mengingatkan orang perseorangan tidak mengeluarkan sebarang ulasan atau arahan mengenai Covid-19 yang boleh menyebabkan keadaan panik.

“JKNS Sabah tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas perkara ini,”

Mesej tular di Facebook. Jabatan Kesihatan Negeri Sabah mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat ulasan/arahan yang boleh menyebabkan keadaan panik.

Gelombang kedua?

Dr Christina berkata sejak kebelakangan ini Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaporkan peningkatan kes tempatan dan import.

“Beberapa negara seperti Australia, Crotia, Korea Selatan dan Israel sedang mengalami gelombang kedua selepas arahan lockdown tidak lagi dilaksanakan.

“Situasi dalam negara juga membimbangkan. Pada 17 Julai , Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas juga mengumumkan bahawa gelombang kedua pandemik Covid-19 telah melanda Negeri Sarawak.”

Oleh yang demikian, JKNS inging mengingatkan orang ramai unuk mematuhi saranan pihak kesihatan iaitu penjarakan, dan larangan 3S (Sesak, sempit dan sembang dekat) serta 3W ( wash hand, wear mask dan warning).

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.