Pemandu maut bertembung lori di Beaufort.

BEAUFORT: Seorang pemandu maut di tempat kejadian selepas bertembung dengan sebuah lori treller di KM36, Jalan Beaufort/Menumbok pagi tadi.

Menurut ketua polis daerah DSP Azmir Bin Abd Razak berkata kejadian lebih kurang 730am tersebut berlaku semasa pemandu lori berumur 30 tahun dalam perjalanan dari arah Kuala Penyu menuju ke Menumbok.

Manakala Jamal Jumari, 33, yang berasal dari Kampung Kionsom Inanam dalam perjalanan dari arah Menumbok menuju ke Kuala Penyu (arah bertentangan).

Kemalangan di Beaufort.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu lori dipercayai gagal mengawal kenderaannya semasa membrek kerana kenderaan di hadapannya berhenti untuk masuk ke simpang Kg Kepayan-Bt.Linting lalu bertembung kmangsa sebelum terbabas ke kawasan semak tepi jalan.

“Akibat daripada kejadian ini, Jamal meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian dalam badan disahkan oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Penyu, ” beliau berkata di satu kenyataan dan memaklumkan pemandu lori tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk di bahagian depan.


Kes disiasat dibawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.