Peserta berbaju kurung antara 130 sukarelawan yang sampai di SK Longkogungan

PENAMPANG: Seorang wanita mencuri perhatian para peserta “Mega Charity Project 2020” apabila tampil dengan baju kurung berwarna hijau.

Hadinah Inah Basinau, 39, juga dilihat memikul barang-barang yang perlu dihantar ke Sekolah Longkogungan dengan menggunakan bakul.

Apabila ditanya, beliau berkata ia menjadi satu kebiasaan untuk memakai baju kurung apabila berada di tempat baru.

Kalau saya pakai baju kurung, langkah akan terhad dan akan “maintain” pernafasan dan langkah. Ia untuk tujuan keselamatan juga.

– Hadinah-

Walaupun langkah Hadinah terhad, tetapi perserta tersebut mampu tiba di sekolah pada jam 10am, lebih kurang 3 jam perjalanan untuk jarak 10 kilometer. Bukan itu sahaja, perserta wanita tersebut juga mampu untuk balik pada hari yang sama.

Program selama dua hari pada July 25 and 26 itu merupakan inisiatif seorang pelajar tahun 2 daripada Universiti Malaysia Sabah untuk menolong sekolah itu untuk menerima bantuan yang diberikan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

Sumbangan tersebut termasuklah 29 tilam, bantal dan selimut, hanya boleh sampai ke sekolah dengan penghantaran secara “manual” disebabkan tiada jalan raya.

“Superwoman” memikul tilam sepanjang pendakian ke sekolah.

Gambar ehsan peserta Charity Project menunjukkan satu-satunya wanita yang memikul tilam seberat 8.7 kilogramme.

Difahamkan pemikul akan merasai berat beban “berganda” selepas 300 meters. Saiz tilam yang besar juga akan mengganggu pergerakan seseorang.

Tetapi atas niat untuk menolong sekolah, beliau yang selalunya hanya bergiat dalam aktiviti zumba, mampu menyempurnakan misi untuk menghantar tilam tersebut untuk kegunaan hostel di sekolah.

Selain menikmati pemandangan indah di kawasan konservasi di Penampang, kebanyakkan peserta mengorbankan hujung minggu masing-masing untuk aktiviti sukarelawan walaupun tahap kesusahan pendakian adalah lebih sukar daripada gunung kinabalu.

Tempat berehat para peserta berdekatan di kawasan laluan “Lomou Lomou”.
Penduduk kampung hanya menggunakan kayu balak sebagai titian untuk menyeberangi sungai.
Cikgu Harry Yanto Bikal yang tular di sosial media mengangkat peti sejuk seberat 40 kilogram.
Gimik penyerahan sumbangan kepada guru besar SK Longkogungan Cikgu Sunny Yong Ken Vun.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.