KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan tiga lagi kes baru Covid-19 pada hari ini selepas empat orang dikesan semalam.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, satu kes melibatkan warganegara yang baru balik dari Arab Saudi, selebihnya disaring di hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah dan hospital Lahad Datu.
Setakat hari ini , Sabah mencatatkan 392 kes dengan 12 pesakit masih menerima rawatan di hospital-hospital.
Kerajaan Sabah mengambil langkah pencegahan penularan Covid-19
Bimbang dengan keadaan peningkatan kes Covid-19 di Sabah, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan untuk memperketatkan dan meguatkuasakan aktiviti dan perkara yang dibenarkan dalam peraturan perintah kawalan pergerakan pemulihan.
Antara langkah-langkah tersebut termasuklah mengwajibkan kemasukan mana-mana individu yang pulang dari luar negara untuk menjalani kuarantin selama 14 hari atau tertakluk dengan keputusan pihak Jabatan kesihatan.
Stesen kuarantin samada hotel ataupun premis kerajaan akan diputuskan oleh pihak kerajaan. Warganegara dan bukan negara haruslah tanggung kos penginapan sebanyak RM150 sehari.

Walaubagaimanapun, orang Sabah dikecualikan bayaran sekiranya menjalani kuarantin di premis kerajaan.
Persons under surveillance (PUI) juga perlu menanggung kos ujian Covid-19 samada secara Rapid Test Kit atau PCR.
Orang awam diingatkan untuk ambil kisah pencegahan kendiri.
Pematuhan kepada standard operating procedure (SOP) pemakaian pelitup muka (face mask) di tempat awam dan sentiasa mencuci tangan dengan kerap menggunakan air dan sabun atau pembersih tangan (hand sanitizer); dan
– Ketua Menteri Sabah-
Mohd Shafie juga mengingatkan premis makanan untuk menjarakkan meja dua meter dan pelanggan haruslah memastikan penjarakan sekurang-kurangnya 1 metre.
