Covid19

Warga asing di Sabah meninggal dan disahkan positif COVID-19

PENAMPANG: Seorang lelaki bukan warganegara yang meninggal disahkan positif COVID-19.

Lelaki warganegara Filipina berumur 64 tahun itu mempunyai latar belakang penyakit jantung.

Mangsa mempunyai gejala demam, batuk dan sesak nafas pada Julai 25 namun tidak mendapatkan rawatan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata lelaki tersebut ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri pada Julai 29 dan telah disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.

“Kes ini daripada mukim Kepayan dikategorikan sebagai jangkitan tempatan.

“Dukacita dimaklumkan bahawa kes ini merupakan kematian Covid-19 yang ke-8 untuk Sabah,” beliau berkata di satu kenyataan media.

Dr Christina juga menasihati orang awam agar tidak panik dengan maklumat mengenai kes COVID-19 yang dilaporkan di media massa.

Sebaliknya, JKNS ingin mengingatkan untuk terus berjaga-jaga dan mengambil langkah bijak dalam mengamalkan kelaziman baharu dalam semua aspek kehidupan mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.