Politics

PRN Sabah: PRN berasingan selepas 21 tahun, 73 kerusi jadi rebutan

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Sabah berikutan pembubaran mengejut Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai lalu menyaksikan Sabah kembali mengadakan pilihan raya berasingan seperti diamalkan Sarawak.

Kali terakhir Sabah mengadakan PRN berasingan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ialah pada 1999, masing-masing diadakan pada Mac dan November.

Pilihan raya serentak di Sabah bermula pada PRU-11, iaitu pada 2004.

Memandangkan Parlimen Ke-14 sekarang dijadual berakhir pada 2023, ini bermakna rakyat Sabah sekali lagi kembali mengundi untuk memilih wakil ke Dewan Rakyat pula pada PRU-15 iaitu kira-kira tiga tahun lagi.

Sarawak pula tidak pernah mengadakan pilihan raya serentak, dengan PRN seterusnya dijangka diadakan pada pertengahan tahun depan, kira-kira dua tahun sebelum PRU-15.

Pilihanraya berasingan adalah satu keunikan bagi Sabah

Walaupun pilihan raya berasingan dilihat membebankan berikutan kos pengendalian yang tinggi, namun PRN berasingan di Sabah dan Sarawak adalah satu keunikan bagi kedua-dua negeri.

Sebelum PRU-14, pernah timbul spekulasi kemungkinan PRN Sabah diadakan semula secara berasingan, iaitu lebih awal berbanding PRU sebagai antara strategi politik Barisan Nasional (BN) untuk memastikan kemenangan besar di negeri ini pada waktu itu.

Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan mungkin kerana ia dilihat tidak menguntungkan atau tidak sesuai untuk dilaksanakan.

Berikutan pembubaran DUN pada 30 Julai lalu, PRN Sabah, kali ini ialah PRN Ke-16, perlu diadakan dalam tempoh 60 hari, iaitu selewat-lewatnya pada akhir September depan.

PRN Sabah akan ada lebih banyak kerusi

Lebih menarik kali ini, ia bukan saja PRN berasingan pertama selepas 21 tahun, malah PRN pertama dengan bilangan kerusi lebih banyak.

Ia berikutan 13 kerusi tambahan Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti diluluskan Parlimen pada Julai tahun lalu bakal dilaksanakan mulai PRN ini.

Tambahan kerusi itu menjadikan kerusi DUN Sabah meningkat kepada 73, berbanding 60 kerusi ketika ini.

Kerusi baharu terbabit ialah Bengkoka, Bandau, Pintasan, Pantai Dalit, Darau, Tanjung Keramat, Limbahau, Tulid, Telupid, Sungai Manila, Lamag, Segama dan Kukusan.

Kerusi baharu berkenaan sepatutnya diluluskan sebelum PRU-14 lagi, namun tidak dilaksanakan, dipercayai bagi mengelak perebutan kerusi dalam kalangan parti komponen BN ketika itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.