KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di Kota Kinabalu pada 17 Ogos ini.
Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak, dalam kenyataan media hari ini, berkata mesyuarat itu yang diadakan di The Magellan Sutera Resort akan dipengerusikan oleh Timbalan
Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom.
Katanya, ia bagi membincangkan tarikh penting urusan pilihan raya seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian dan Daftar Pemilih Terakhir Diperakui yang akan digunakan.
“Turut dibincangkan ialah persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya berkenaan. Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat itu,” katanya.
