Komuniti Kampung Bukau serlahkan patriotisme melalui derma darah.

BEAUFORT: Bukan hanya mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbolik semangat merdeka, malah komuniti Kg.Bukau memilih langkah berbeza iaitu menzahirkan patriotisme mereka melalui derma darah dengan mencatatkan kutipan sebanyak 38 pain bertempat di Dewan Terbuka, Sekolah Kebangsaan Bukau siang tadi.


Menurut Pegawai Perubatan Hospital Beaufort Dr Fatini Mohammad Zubir, Bulan Kebangsaan merupakan bulan dimana setiap rakyat dalam kepelbagaian bangsa akan menzahirkan rasa cinta Negara melalui aktiviti mengibar Jalur Gemilang.


“Di Kg Bukau pula komuniti setempat berpendapat dengan menderma darah, ianya dilihat sebagai simbolik penyatuan dan perpaduan masyarakat dengan menyedari hakikat darah yang didermakan adalah ibarat menyumbang kepada Negara kerana darah yang diderma tanpa mengharapkan imbalan balik.”


Program Derma Darah Hari Kebangsaan Komunit Bukau ini merupakan inisiatif bersama antara Hospital Beaufort, Komuniti Kg Bukau dan Sekolah Kebangsaan Bukau.


Turut menyumbang pada program tersebut sebagai galakan penderma dan usaha khidmat sosial kepada masyarakat syarikat Y&Y Group Beaufort dan individu perseorangan menyumbang barang keperluan harian kepada setiap penderma yang berjaya.


Salah seorang penderma yang sempat ditemubual, Steven Jinson dari Daerah Pitas yang bekerja di Beaufort berkata melalui aktiviti menderma darah ini sahaja telah membuktikan Negara ini sebuah Negara yang aman dan selamat ini dibuktikan dengan mudahnya komuniti mengadakan program untuk membantu individu lain dengan menderma darah tanpa rasa takut.


Penderma darah Sembilan kali, Sabanor Abdul Manan dari Kg Luagan Beaufort pula ketika ditemui, berkata selain meraikan bulan kebangsaan dengan hadir menderma pada program itu, adalah matlamat utama beliau untuk menderma setiap tiga bulan sekali agar tubuh badan sentiasa sihat dan mengekalkan momentum untuk terus menderma malah membantu pesakit-pesakit Thalasimia memandangkan difahamkan ketika ini bekalan stok darah jenis A mengalami kekurangan.


Menurut Dr.Fatini lagi, pengemblengan usaha bersama malah membentuk persefahaman antara satu sama lain dalam kepelbagaian bangsa melalui aktiviti menderma darah, bukti kepada perpaduan masyarakat yang berbilang kaum, malah dalam program tersebut juga memperlihatkan usaha Komuniti Kg Bukau serta kampung sekitar dan syarikat swasta, individu menghasilkan kesan positif iaitu jumlah kutipan darah yang memberansangkan.


“Penghargaan seharusnya diberikan kepada individu-individu, syarikat dan komuniti yang terlibat, kerana tanpa usaha bersama semua pihak dan persefahaman yang ditonjolkan para pesakit yang mengharapkan bantuan darah tidak akan dapat berdiri bersama, menghirup udara yang sama, berbumbungkan langit yang sama dalam negara yang dicintai Malaysia.


Program Derma Darah oleh Komuniti Kg Bukau ini merupakan kali ketiga yang diadakan dan merupakan kampung yang pernah membantu pihak Hospital Beaufort mendapatkan bekalan darahnya pada permulaan Perintah Kawalan Pergerakan pada bulan Mac lalu.


Tabung Darah Hospital Beaufort dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang, bagi yang ingin menganjurkan Kempen Derma Darah ditempat anda sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia, sila hubungi Pegawai Seranta Tabung Darah Hospital Beaufort ditalian 0163487778 atau 087 212 333 sambungan 497.- Hospital Beaufort.
Foto dan Teks: Dzulhardey Shah b Abdullah @ Hamidey

Kenyataan media dan gambar disediakan oleh Hospital Beaufort.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.