Kebelakangan ini, nama bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Chong Kah Kiat timbul di soal media dan media massa bahawa beliau mempunyai peluang yang cerah untuk mengetuai Kabinet Sabah selepas PRN Sabah.
Presiden parti LDP telah memberi “hint” bahawa anak jati Kudat yang berumur 72 tahun akan bertanding dan menjadi “daya tarikan” untuk pengundi Sabah memberi sokongan untuk 40 calon-calon yang akan bertanding atas tiket LDP.
Tidak dinafikan Chong yang pernah berkhidmat selama 26 tahun untuk kerajaan persekutuan mempunyai pengalaman yang luas walaupun telah meninggalkan arena politik selama 13 tahun.
Di peringkat persekutuan, beliau pernah dilantik sebagai Senator dan menteri dalam Pejabat Perdana Menteri. Manakala, beliau pernah memegang jawatan sebagai Pembantu Menteri , Ketua Menteri (March 2001-March 2003) dan Timbalan Ketua menteri yang menjaga hal ehwal pelancongan.
Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, Chong bukan sahaja berpandangan jauh tetapi juga telus dalam melakukan tugas.

Sebagai contoh, sebagai Menteri yang menjaga hal ehwal pelancongan, beliau telah menukar beberapa landskap di Sabah yang kini menjadi tumpuan pelancong. Antara landskap tersebut adalah Simpang Mengayau; Masjid Negeri di Likas; Potensi Meetings, Incentives, Conferencing, Exhibitions.
Petikan artikel 2001 daripada Travel Weekly Tan Sri Chong Kah Kiat
Sebagai contoh, sebagai Menteri yang menjaga hal ehwal pelancongan, beliau telah menukar beberapa landskap di Sabah yang kini menjadi tumpuan pelancong. Antara landskap tersebut adalah Simpang Mengayau; Masjid Negeri di Likas; Potensi Meetings, Incentives, Conferencing, Exhibitions.
In 2000, Sabah welcomed 28,860 MICE visitors with Europe, UK and US accounting for a third of this market. That’s an increase over 9,587 MICE visitors in 1999.
The domestic MICE market was also growing – from 2,144 incentive participants in 1999 to 5,983 in 2000.
Walau bagaimanapun, cadangan beliau untuk mendirikan patung Mazu (Goddess of sea) setinggi 180 kaki di Kudat sebagai satu lagi tarikan pelancong dibantah oleh Kerajaan Negeri di bawah Datuk Seri Musa Aman.

Pada April 2007, Chong meninggalkan gelanggang politik sebagai Timbalan Ketua Negeri.
Chong ambil tindakan terhadap PTI, bukan hanya omong kosong.

Chong merupakan seorang yang lantang dalam isu kebanjiran pendatang asing di Sabah. Namun, keprihatinan tersebut bukan hanya omong kosong, tetapi beberapa langkah-langkah drastik juga telah diambil termasuklah menghapuskan kawasan setinggan, mengharamkan bot pancung yang sering digunakan oleh pendatang asing dan tidak mengiktiraf kan status pendatang “IMM13” atau refugees.
Ketua Menteri Sabah Datuk Chong Kah Kiat berkata status pelarian yang diberikan kepada warga Filipina yang melarikan diri ke Sabah sekitar awal 1970’an sudah ditarik balik…. [Berita Harian, 25 July, 2001].
Dengan track record yang bersih, Chong sememangnya mempunyai plus point untuk meraih undi.
Adakan “Race card game” akan dimain semasa PRN?
Walau bagai manapun, selepas Barisan Nasional menang besar dalam pilihan raya pada tahun 2003, sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah selama dua tahun ditamatkan di mana Chong adalah yang terakhir dalam aturan tersebut.
Semenjak 2003, Musa telah menjadi ketua Menteri Sabah selama 15 tahun dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memegang jawatan selama hampir 3 tahun.
Adakah Chong akan mendapat restu pengundi dan dilihat sebagai seorang anak Sabah yang berkaliber? Atau isu “bukan bumiputera” akan dimainkan oleh pihak tertentu?