Harimau dahan Lok Kawi ditangkap semula

PENAMPANG: Taman Lok Kawi telah berjaya menangkap semula seekor Harimau Dahan jantan yang terlepas pagi semalam.

Haiwan yang dinamakan “Tumba” berumur lebih kurang 8 hingga 10 tahun melepaskan diri dari kandang ekshibitnya.

“Kejadian ini disedari oleh pihak Taman Hidupan Liar Lok Kawi pada jam 6.15 pagi, Ahad (23.08.2020) apabila kakitangan taman terlihat Tumba berkeliaran di dalam kawasan Taman Hidupan Liar Lok Kawi.

“Taman Hidupan Liar Lok Kawi kemudian ditutup kepada pelawat untuk tujuan keselamatan,” menurut pihak pengurusan dalam satu kenyataan media hari ini.

Pihak Pengurusan Taman Hidupan Liar Lok Kawi kemudian mengeluarkan makluman kepada penduduk berhampiran dengan taman serta PDRM sebagai langkah berjaga-jaga, untuk tidak mendekati haiwan tersebut dan segera menghubungi pihak Taman Hidupan Liar Lok Kawi sekiranya terserempak dengan harimau dahan tersebut.

Makluman secara surat rasmi tersebut menjadi viral di medial sosial dan menimbulkan banyak pertanyaan.

“Operasi pencarian Tumba tamat apabila Tumba berjaya ditangkap semula pada jam 8.45 malam, hari yang sama secara ditembak dengan ubat pelali.

“Tumba ditangkap di dalam kawasan Taman Hidupan Liar Lok Kawi dan dilaporkan dalam keadaan baik di bawah jagaan doktor veteriner.”

Picture credit to netizen. Tumba was found safe and sound around 845pm on Sunday.

Pada masa ini, Tumba ditempatkan di Klinik Taman Hidupan Liar Lok Kawi sehingga kandang ekshibitnya telah dibaiki untuk memastikan Tumba tidak dapat melepaskan diri kandangnya pada masa hadapan.

Pihak taman akan menambah dawai besi bagi mengelakkan perkara berulang dan membina pagar perimeter sekeliling kandang ekshibit.

Tumba dan seekor harimau dahan lain bernama Boboi (harimau dahan berjantina jantan dan umur dijangka 9 hingga 11 tahun) akan dimasukkan semula di kandang ekshibit pameran pada minggu hadapan selepas penilaian keselamatan kandang ekshibit selesai.

Tumba sebelum ini dipelihara dari kecil dan kemudian diserahkan oleh orang awam kepada Taman Hidupan Liar Lok Kawi dalam keadaan kesihatan yang kurang sihat.

“Untuk makluman orang awam, memelihara Harimau Dahan (Sunda Clouded Leopard) adalah salah disisi undang-undang kerana ianya merupakan Haiwan yang Dilindungi Sepenuhnya dalam Jadual 1, Bahagian 1, Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.”

Pihak Jabatan Hidupan Liar ingin memaklumkan bahawa keadaan kini telah selamat dan memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.