SPRM tahan penolong peg kesihatan Sabah.

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang Penolong Pegawai Kesihatan kerana disyaki menggunakan kedudukannya untuk memperolehi projek bernilai kira-kira RM30,000.

Difahamkan, lelaki berusia 40 tahun tersebut ditahan di Pejabat SPRM Sabah, kira-kira pukul 10 pagi selepas hadir memberi keterangan, hari ini.

Menurut sumber, suspek telah mendapatkan projek bagi kerja-kerja pembekalan dan perkhidmatan bagi Pejabat Kesihatan di sebuah daerah di Sabah melalui syarikat miliknya sendiri. 

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. 

Tambahnya, bagaimanapun suspek telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.