Community

APMM menyemarakan semangat patriotisme di perairan Kudat.

KUDAT, 26 Ogos 2020: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kudat dalam usaha memupuk semangat cintakan negara sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke-63 telah melaksanakan satu program menyemarakkan semangat patriotisme dikalangan komuniti maritim di sekitar perairan Kudat, hari ini. 

Simbolik penyerahan bendera Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah kepada aset-aset Maritim Malaysia dan bot-bot yang beroperasi di perairan kudat telah dilaksanakan.

Program ini telah disempurnakan oleh Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander (M) Boon Chin Chau sekitar jam 9 pagi tadi.

Beliau bersama beberapa orang pegawai kemudiannya melakukan tinjauan rondaan di sekitar perairan Kudat sambil menyerahkan bendera Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah kepada komuniti Maritim yang menjalankan aktiviti di laut. Ujar beliau,

Tambah beliau lagi, “Maritim Malaysia, Zon Maritim Kudat akan sentiasa komited mempergiatkan lagi pengawasan serta rondaan dari semasa ke semasa bagi memastikan perairan negara khususnya sekitar perairan Kudat, Pitas dan Kota Marudu sentiasa terkawal, aman serta selamat untuk komuniti maritim.”

Program seperti ini sedikit sebanyak akan memberikan kesan positif kepada komuniti maritim di sekitar perairan Kudat khususnya bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme dikalangan komuniti-komuniti maritim di laut sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-63 yang bakal disambut tidak lama lagi.

Boon Chin Chau.

Sebarang aduan kecemasan dan maklumat jenayah di perairan Kudat boleh disalurkan ke Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088-611858 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.