Pelan JENDELA menambahbaik kualiti perkhidmatan jalur lebar Sabah.

Susulan dari pandemik COVID-19, Kerajaan melalui Kementerian dan agensi-agensi berkaitan telah bekerjasama dengan pihak penyedia perkhidmatan komunikasi utama untuk membangunkan sebuah pelan infrastruktur digital yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan baharu Rakyat.

Pelan tindakan ini yang dirangka melalui satu sesi Makmal akan menjadi landasan kepada penyediaan liputan perkhidmatan jalur lebar yang menyeluruh dan berkualiti tinggi, serta mempersiapkan negara untuk peralihan kepada teknologi 5G secara mantap.

Pelan tindakan ini, yang dikenali sebagai Jalinan Digital Negara (JENDELA), akan menjadi platform penambahbaikan komunikasi digital negara di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021–2025).

JENDELA akan dilaksanakan secara berfasa. Fasa 1 yang bermula sekarang akan:

  1. memperluaskan liputan jalur lebar mudah alih 4G daripada 91.8% kepada 96.9% di kawasan berpenduduk;
  2. mempertingkatkan kelajuan jalur lebar mudah alih daripada 25Mbps kepada 35Mbps; serta
  3. membolehkan sebanyak 7.5 juta premis mendapat akses kepada jalur lebar talian tetap berkelajuan gigabit.

Ini juga akan melibatkan penamatan rangkaian 3G secara berperingkat sehingga akhir 2021 untuk pemantapan rangkaian 4G serta memperkukuhkan asas bagi rangkaian 5G.

Fasa 2, iaitu peralihan kepada 5G akan disusuli selepas platform yang kukuh di dalam Fasa 1 ini dapat dicapai, selaras dengan perancangan Rancangan Malaysia ke-12.

Rakyat Negeri Sabah akan turut mendapat manfaat daripada pelaksanaan JENDELA dari tahun 2020 sehingga 2022.

Penambahan sebanyak 382 menara komunikasi baharu sedang dirancang dan 924 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada akan dinaik taraf di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS), sementara 35 menara baharu dan 1,048 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada akan dinaik taraf secara komersial oleh pemberi perkhidmatan bagi meningkatkan liputan 4G.

Sebanyak 251,166 premis juga akan disediakan dengan capaian kepada gentian optik.

Turut diberikan perhatian ialah rakyat di Negeri Sarawak apabila 636 menara komunikasi baharu juga sedang dirancang dan 977 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada akan dinaik taraf di bawah program PPS.

Manakala 49 menara baharu dan 825 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada akan dinaik taraf secara komersial. Manakala sejumlah 43,013 premis akan disediakan dengan capaian kepada gentian optik.

JENDELA akan menyediakan akses kepada pengguna untuk menilai liputan dan kualiti perkhidmatan dan juga membolehkan perancangan dan pembinaan infrastruktur digital dimudahcara oleh pelbagai Kementerian dan agensi terbabit, termasuk di peringkat negeri, supaya perkhidmatan jalur lebar yang menyeluruh dan berkualiti tinggi dapat diberikan kepada para pengguna dalam kadar yang lebih segera.

Saya menyeru kepada semua pihak, termasuk Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Kementerian dan agensi berkaitan supaya terus memberikan kerjasama bagi menyokong aspirasi Kerajaan untuk menjadikan perkhidmatan komunikasi sebagai kemudahan asas (public utility) bagi memacu negara ke arah ekonomi digital.

Pelan tindakan JENDELA ini akan dipantau dengan rapi bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan baik di seluruh negara.

Saya percaya akan kewibawaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memastikan pembekal perkhidmatan
melaksanakan JENDELA seperti yang dirancang, dengan sokongan padu dan kerjasama Kerajaan Negeri, Kementerian dan agensi yang berkaitan agar rakyat dapat menikmati manfaatnya.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.