LAHAD DATU: Tujuh daripada 14 keseluruhan kes-kes di negara berpunca daripada Lahad Datu.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata satu cluster baharu dikenalpasti hasil saringan terhadap tahanan baru di lokap ibu pejabat polis daerah Lahad Datu.
“Setakat ini seramai 50 orang tahanan telah disaring pada Ogos 28, 2020.
“Daripada jumlah ini, 7 telah dikesan positif Covid-19 dan 43 adalah negatif. Kes positif kluster ini melibatkan 6 warga asing dan 1 warganegara Malaysia ,” Dr Noor Hisham berkata di satu sidang akhbar.
Beliau juga menyatakan bahawa kes-kes positif melibatkan lelaki berumur antara 25 dan 55 tidak bergejala dan telah dimasukkan ke hospital Lahad Datu.

Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti pembasmian kuman telah dilakukan.
Selain itu, dua kes lagi dicatat di Tawau dan Kinabatangan menjadikan jumlah kes Covid-19 sebanyak 426.