LAHAD DATU: Kluster Benteng Lahad Datu yang kini mencecah 128 kes berpunca daripada dua pendatang asing yang ditangkap semasa Ops Benteng.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata bahawa operasi tersebut merupakan usaha pihak tentera, polis dan juga agensi lain untuk membendung kemasukan pendatang asing melalui jalan-jalan tikus.
“Apabila kita buat saringan dan mendapati terdapat pendatang asing yang positif, tindakan kita adalah memastikan IPD Lahad Datu dan Tawau dalam keadaan terkawal.
“Apa yang penting adalah mempertingkatkan pengesanan Pendatang Tanpa Izin, bendung mereka daripada ikut jalan tikus.” beliau berkata di satu sidang media di Putrajaya.
Kluster tersebut mencatatkan 62 kes baru hari ini dengan pecahan 37 dikesan di Lahad Datu dan 25 adalah daripada orang kena tahan di lokap Tawau.
Setakat ini, pihak kementerian telah membuat saringan 2,010.