LAHAD DATU: Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi mengesahkan jangkitan COVID-19 bagi Kluster Benteng Lahad Datu telah menular di kalangan masyarakat.
Semalam kluster tersebut mencatatkan 167 kes baru dari daerah Tawau melibatkan jangkitan tempatan.
Antara kes-kes baru tersebut, enam daripada mereka merupakan orang awam yang dikesan positif melalui saringan kontak.
“Kesemua 161 tahanan dikesan positif COVID-19 semasa saringan kontak kepada kes-kes positif penjara Tawau. Ini menjadikan mereka sebagai generasi kedua dalam kluster Benteng LD.
“Selebihnya adalah lima warganegara lelaki dan satu warganegara wanita yang dikategorikan sebagai generasi ketiga,” beliau berkata di satu Kenyataan media.
Dr Christina juga berkata masih terdapat sampel yang belum diproses.
Kerajaan juga telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di perketatkan secara pentadbiran di kawasan penjara dan kuarters Tawau.
All 161 detainees are tested Covid-19 positive during screenings at the Tawau prison. They are now considered as second generation.