LAHAD DATU: Dengan pertambahan mendadak kes Covid-19 setiap hari di Sabah, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyeru lebih ramai pegawai kesihatan untuk membantu di daerah-daerah pantai timur.
Menurut satu posting di Facebook seorang doktor, Crisis Preparedness and Response Centre Kebangsaan (CPRC) pegawai kesihatan dikehendaki untuk berada di Lahad Datu dan Tawau.
“Skop tugas adalah untuk bertugas di wad Covid-19 di hospital Lahad Datu dan Tawau, serta pusat-pusat kuarantin.
“MO (medical officers) yang dipilih perlulah rela untuk pergi dan tinggal selama 10 minggu iaitu pada Sept 21 sehingga November 30.”
Setakat semalam, Sabah masih lagi merawat 560 pesakit Covid-19 di hospital-hospital.