Tiket kapal terbang percuma untuk warga Sabah balik mengundi

KOTA KINABALU: Sebuah badan bukan kerajaan menawarkan tiket penerbangan percuma untuk pengundi balik ke Sabah untuk menunaikan tanggungjawab pada 26 September ini.

Menurut pengerusi Borneo Care, Spencer Klumai berkata mengundi adalah tanggungjawab bagi setiap warganegara/pengundi berdaftar.

“Maka kami, BorneoCare telah mendapat sumbangan dana bagi membantu menampung tambang kapal terbang bagi warga sabah (pelajar & Berkerja) untuk kembali ke Negeri Sabah bagi tujuan mengundi.

“Kami memohon pihak anda untuk menggalakkan mereka yang anda kenali, warga negeri Sabah untuk mengambil peluang ini dengan menghantar matlumat mereka kepada email berikut: borneocare2013@gmail.com”

Maklumat-maklumat yang diperlukan untuk pembelian tiket kapal terbang adalah seperti berikut:

  1. Nama (seperti dalam IC):
  2. No IC:
  3. Jadual Penerbangan AirAsia yang ingin diambil (KE SABAH) :
  4. Jadual Penerbangan AirAsia yang ingin diambil (KEMBALI KE KL) :
  5. Parlimen dan DUN tempat mengundi:
  6. Email pemohon;
  7. No HP:
  8. Sila hantar melalui Whatapps/email Gambar snapshot “Pengesahan Daftar Pengundi” dari Laman web SPR.

Pemohon-pemohon juga boleh menghubungi pegawai-pegawai untuk sebarang pertanyaan:

  1. Alice: 012-2929839
  2. Maria: 011 26135788
  3. Gwen Ng: 012 200 6243
  4. Joel Jalleh: 016 2212 088
  5. Edmund: 011-1208 1030

6 comments

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.