Tiga taman di pantai timur ditutup untuk sanitasi

TAWAU: Taman-Taman Sabah (TTS) akan melaksanakan Operasi Nyah Kuman di tiga buah kawasan Taman-Taman Sabah.

Tiga Taman tersebut adalah Taman Bukit Tawau (Tawau) , Taman Marin Tun Sakaran (Semporna) dan Taman Pulau Sipadan (Semporna).

Bermula pada 24 sehingga 30 September 2020, ketiga-tiga buah taman ini tidak akan dibuka kepada pelawat dan orang awam sepanjang masa operasi ini dilaksanakan.

Tujuan operasi ini dilaksanakan adalah untuk membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi kuman dijalankan oleh pihak Taman-Taman Sabah berikutan keadaan semasa peningkatan jangkitan Covid 19 di kawasan Pantai Timur Sabah khususnya di daerah Tawau dan Semporna.

Walaubagaimanapun Taman-Taman lain (Taman Kinabalu, Taman Pulau Penyu, Taman Banjaran Crocker, Taman Pulau Tiga, Taman Tun Mustapha dan Taman Tunku Abdul Rahman) setakat ini masih dibuka kepada pelawat.


Sebarang kesulitan yg dihadapi berikutan operasi ini amatlah dikesali oleh Taman-Taman Sabah dan kami berharap serta berdoa agar penularan wabak ini akan segera diatasi untuk kepentingan orang awam keseluruhannya.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.