KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan akan bergabung dengan Parti Warisan Plus untuk menubuhkan kerajaan baru.
Menurut ketua penerangan PBS, dakwaan tersebut telah ditularkan di media sosial berikutan keputusan Pilihanraya Negeri Sabah semalam.
“PBS, sebagai rakan kongsi Gabungan Rakyat Sabah, tetap kekal bersama rakan sekutunya – Perikatan Nasional and Barisan Nasional.”
Suruhanjaya pilihanraya telah mengumumkan bahawa GRS telah memenangi majoriti mudah dengan 38 kerusi di mana PBS mendapatkan 7 kerusi.
Manakala, Warisan mendapat 23 kerusi, DAP 6, PKR 2, dan Upko 1.
Selebihnya dimenangi calon bebas dari kerusi Pitas, Kuamut dan Kemabong.