Esscom terus buru penyeludupan minyak

LAHAD DATU (1 OKTOBER) – Komander Kawasan Keselamatan Khas pantai Timur Sabah (Esscom) DCP Datuk Ahmad Fuad Othman memberi amaran kepada tekong-tekong penyeludup barang-barang bersubsidi terutamanya minyak petrol agar memberhentikan aktiviti berkenaan.

Beliau berkata ESSCOM tidak akan berdiam diri dan akan terus memburu serta mengesan penyeludup-penyeludup minyak berkenaan yang cuba di bawa keluar dari negara ini melalui laluan tikus ke negara jiran.

Nasihat saya kepada tekong-tekong penyeludup minyak, hentikan aktiviti penyeludupan ini.

Esscom akan terus memburu tekong-tekong penyeludup ini

Ahmad Fuad Othman
Esscom Commander Ahmad Fuad Othman

Amaran ini dikeluarkan susulan penahanan sebuah bot laju yang disyaki cuba menyeludup 23 jerikin minyak ke negara jiran pada rabu kira-kira jam 2.45 petang di kawasan perairan Sisipan, Semporna.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang kelmarin, ESSCOM dengan kerjasama Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM dan pasukan polis marin Semporna telah mengesan dan menahan sebuah bot laju yang disyaki cuba menyeludup minyak petrol dari arah negara jiran menuju ke pulau Sisipan.

Hasil siasatan mendapati, bot berkenaan cuba untuk menyeludup 23 jerikin minyak ke negara jiran melalui laluan yang tidak diwartakan dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM16,845.00.

Semua rampasan telah di bawa ke pangkalan polis marin Semporna untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Ahmad Fuad berkata beliau khuatir minyak-minyak seludup ini akan digunakan oleh penjenayah-penjenayah rentas sempadan terutamanya penjenayah kidnapping for ransom (KFR) daripada selatan Filipina untuk melakukan aktiviti jenayah penculikan dan rompakan di perairan negara kita.

“ESSCOM melalui Ops Cegah Pati (OCP) timur akan mempertingkat dan memperketatkan lagi kawalan dan rondaan laut dan udara terutamanya di kawasan-kawasan laluan hotspot dengan kerjasama semua agensi penguatkuasa terutamanya daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi mengekang dan membanteras aktiviti penyeludupan”, katanya.

Lapor aktiviti penyeludupan segera

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua lapisan masyarakat agar melaporkan dengan kadar segera kepada Pusat Operasi (PUSOP) ESSCOM di talian 089-863181 ataupun kepada Ibu pejabat polis yang berhampiran sekiranya mendapati ada berlaku aktiviti penyeludupan minyak ataupun kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan masing-masing untuk tindakan segera.

“Kerjasama dan sokongan daripada semua lapisan masyarakat amatlah dialu-alukan dalam usaha kita untuk mengekang dan membanteras aktiviti penyeludupan terutamanya penyeludupan minyak dan rokok seludup daripada terus berlaku di negara kita”, katanya.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.