Pengeboman ikan tetap berlaku walaupun MCO

LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin Lahad Datu telah berjaya menahan sebuah perahu enjin pam berwarna oren di kawasan laut Magpie Bank, Tambisan yang disyaki digunakan untuk menjalankan aktiviti mengebom ikan pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Lahad Datu Superintenden Gan Ping Sin berkata: “Semasa Pasukan Polis Marin membuat rondaan di kawasan perairan Laut Gem Reef sehingga laut Kuala Meruap, telah ternampak empat orang lelaki yang tidak dikenali berada di dalam sebuah pump boat bersayap dalam keadaan mencurigakan dan sedang menunda dua buah pump boat lain.

“Ketiga-tiga pump boat tersebut berada di kawasan laut Magpie Bank jarak lebih kurang 0.5 batu nautika dari sempadan Filipina dan jarak 12 batu nautika dari Pulau Tambisan,” beliau berkata di satu kenyataan media.

Apabila bot ronda datang menghampiri pump boat berkenaan, tiba-tiba dua daripada tiga buah pump boat tersebut memecut laju menghala ke arah perairan Filipina dan telah meninggalkan sebuah lagi pump boat di kawasan laut Magpie Bank.

Hasil pemeriksaan lanjut ke atas pump boat tersebut telah menjumpai satu enjin pam, satu compressor, satu gulung tiub getah, satu botol kaca mengandungi serbuk berwarna putih dan empat belas batang sumbu (detonator) serta kotak mancis kayu , topeng selam dan selipar renang.

Kesemua barang tersebut dirampas dan dibawa ke Balai Polis Tambisan untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Nilai rampasan tersebut dianggarkan berjumlah RM 2,500.

Kes disiasat dibawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Pasukan Polis Marin sentiasa menggalakkan agar masyarakat persisir pantai untuk terus menyalurkan apa-apa maklumat melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah di nombor ‘0132831197 ‘ atau berhubung ke Gerakan PPM Lahad Datu di talian ‘0139808084’ bagi memastikan keselamatan dan kemakmuran setempat terjaga dan terkawal.

Supt.Gan Ping Sin juga turut memaklumkan Pasukan Polis Marin Lahad Datu dalam mengekang penularan pandemik covid-19, telah menahan sebuah botlaju dari arah laut Bohayen dengan tujuan ke perairan Silam Lahad Datu yang dijuragani oleh seorang lelaki dewasa, seorang penumpang lelaki dewasa dan dua penumpang perempuan dewasa serta seorang kanak-kanak.

Botlaju serta penumpang telah diarah berpatah balik ke perairan Semporna.

Manakala di Sandakan, Pasukan Polis Marin Sandakan telah turut melaksanakan operasi bagi memastikan tiada berlaku pergerakan di laut selain cubaan untuk masuk ke daerah Sandakan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Sandakan DSP Rosdin Banin berkata, ‘ Botronda PPM Sandakan telah berjaya mengesan dan menahan 2 buah bot kayu yang dijuragani oleh seorang lelaki setiap bot serta dua anak kapal di kawasan laut Inner Bouy Sandakan pada jam 1030-1050 pagi tadi. Kedua-dua bot tersebut telah diusir ke perairan Filipina kerana telah melanggari Akta Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1998.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.