KOTA KINABALU: Unit Tabung Darah Sabah berada di tahap kritikal. Keadaan tersebut adalah bahaya sekiranya terdapat kes-kes kecemasan yang memerlukan transfusi darah.
Menurut Persatuan Bulan Sabit Malaysia Sabah, keadaan tersebut terjadi disebabkan beberaa faktor termasuklah keadaan Covid-19 yang membimbangkan.
“Sejak awal September 2020, Sabah telah merekodkan kenaikan kes positif baru setiap hari serta penemuan beberapa kluster jangkitan baru di beberapa buah Daerah di Negeri Sabah.
“Ekoran penularan pandemik Covid-19 Fasa 2 di Negeri Sabah yang semakin meningkat dan agak membimbangkan, bekalan darah hospital di seluruh Negeri Sabah telah sampai ke tahap yang kritikal.”
Sabah terpaksa meminjam darah dari hospital di Kuala Lumpur dan Sarawak.
Unit Tabung Darah Sabah meminjam bekalan darah daripada Hospital Kuala Lumpur dan Negeri Sarawak sebanyak 2 kali yang melibatkan 600 pain darah pada Mac 2020 dan 850 pain darah pada September 2020.
Sekurang-kurangnya 300 pain darah diperlukan untuk sehari bagi Hospital Queen I dan II di Kota Kinabalu.
transfusi darah merupakan komponen penting dalam perawatan pesakit terutamanya untuk mangsa kemalangan, ibu mengandung yang mengalami komplikasi pendarahan, bayi pra-matang, pesakit kanser dan Thalassemia serta pesakit yang menjalani pembedahan major.
Ramai penderma takut untuk tampil disebabkan risiko jangkitan
Pada masa kini, Unit Tabung Darah Hospital Elizabeth I, Hospital Kudat dan Hospital Tuaran terpaksa ditutup untuk sementara waktu disebabkan terdapat kakitangan hospitak yang telah disyaki positif Covid-19.
Disebabkan hal ini juga, penderma tidak berani untuk hadir ke hospital untuk menderma darah.
Oleh yang demikian, BSMM Negeri Sabah telah mengambil inisiatif untuk membantu tabung darah menjalankan program derma darah dengan mematuhi garis panduan dan tatacara pengedalian aktiviti pendermaan darah yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Bulan Sabit Merah Sabah anjur derma darah
Tarikh: 16 – 18 oktober (jumaat – ahad), 23 – 25 oktober (jumaat – ahad), 30 – 31 oktober (jumaat – ahad)
Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang
Tempat: Bangunan Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Sabah
(belakang wisma wanita)