Covid19

Hospital Medan tentera di Tawau siap Oct 20.


TAWAU: Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangkakan akan beroperasi pada Oct 20 ini.

Menurut Komander Hospital Medan ATM di Tawau, Kolonel (Dr) Shamsul Bahary bin Muhamad, persiapan fasa pertama Hospital Medan ATM kini mencapai 70 peratus.

Hospital tersebut bertempat di Kompleks Sukan Tawau.


“Persiapan atur susun sedang giat dijalankan ketika ini dan dijangka ujian penuh sistem-sistem di hospital ini akan dijalankan pada 19 Oktober 2020.

“Dengan adanya Hospital Medan ATM ini, ianya mampu menyokong Hospital Tawau bagi merawat kes-kes bukan COVID 19,” beliau berkata di satu kenyataan media.

Gerak atur fasiliti untuk hospital medan di Tawau.

Hospital tersebut akan mempunyai kapasiti wad pesakit dalam berbagai disiplin seperti pembedahan, ortopedik, perubatan, kanak-kanak dan wanita.

Dr Shamsul juga berkata keupayaan hospital tersebut juga boleh dipertingkatkan pada bila-bila masa pada fasa seterusnya termasuk dewan bedah dan High Dependency Unit.

Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Tawau akan menerima ketibaan Tim Induk daripada Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, 96 Hospital Angkatan Tentera Lumut, 94 Hospital Angkatan Tentera Terendak serta Batalion Kedua Perubatan dan elemen perubatan ATM dari Semenanjung Malaysia.

Tim induk ini terdiri daripada Timbalan Komander Hospital Medan ATM, Pakar Bedah, Pakar Bius dan Pakar Kecemasan serta pegawai dan petugas kesihatan ATM bagi penugasan fasa pertama Hospital Medan ATM.

Ketibaan 4 pegawai dan 29 anggota lain-lain pangkat pada hari ini adalah dengan menggunakan pesawat TUDM A400 bagi membantu Hospital Tawau dalam menangani pandemik COVID-19.


Persiapan peralatan dan kelengkapan fasilitas Hospital Medan ATM juga turut melibatkan atur gerak kemudahan perubatan ATM dari Bravo Kompeni Batalion Pertama Perubatan (B Komp 1 Bn Ubat) yang berpangkalan di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.