Community

Pasar Tamu Putatan rosak ditiup angin kencang.

Putatan: Beberapa struktur bangunan dan rumah terjejas dalam insiden cuaca buruk di daerah Putatan, lewat malam tadi.

Antara lokasi yang terkesan akibat ribut dan angin kencang kira-kira jam 10 malam Jumaat hingga 1 pagi Sabtu itu adalah Pasar Tamu Sementara Putatan dan Kampung Pasir Putih, Putatan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Ir Shahelmey Yahya berkata pihaknya telah mengambil langkah utama dalam mengenalpasti kerosakan-kerosakan akibat insiden terbabit.

Jelas Shahelmey, pihaknya melalui Majlis Daerah Putatan (MDPTN) turut meminta jurutera daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Sabah untuk menilai integriti struktur pasar yang terjejas.

Shahelmy Yahya (dua kiri) meninjau tapak pasar tamu Putatan.

“Pagi ini saya telah melawat tapak Pasar Sementara Putatan yang berada di belakang Dewan Sri Putatan, Kampung Pasir Putih Putatan, sebahagian daripada struktur atap pasar tersebut telah rosak ditiup angin kencang semalam.

” Ini mengakibatkan beberapa peniaga di Pasar Sementara tersebut tidak dapat menjalankan perniagaan.

” Walau bagaimanapun, kita bersama pihak Majlis Daerah Putatan telah bersetuju untuk membina atau menyediakan khemah-khemah sementara supaya peniaga-peniaga di pasar itu dapat berniaga meneruskan perniagan harian mereka,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan tinjauan di sekitar daerah Putatan, hari ini.

Hadir sama adalah Pegawai Daerah Putatan; Zainuddin Awang, Pegawai Eksekutif MDPTN; Abd Said Embok dan Pegawai Kebajikan Putatan; Saira Tapa.

Sementara itu, Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N. 24 Tanjung Keramat dalam masa yang sama turut mengadakan tinjauan rapat ke beberapa buah rumah penduduk di Kampung Pasir Putih, Putatan yang terjejas selepas bumbung kediaman mereka diterbangkan angin kencang semalam.

“Kita juga melawat ke SK Pekan Putatan yang turut terjejas sedikit dan tiga buah rumah penduduk kampung yang turut mengalami kerosakan bumbung rumah rumah mereka.

“Alhamdulillah, Jabatan Kebajikan ada bersama kita dan akan membantu urusan berkenaan,” katanya.

Kenyataan akhbar dan gambar ehsan Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.