Bung sumbang 500 bakul makanan kepada pekerja B40


KOTA KINABALU:  Sebanyak 500 bakul makanan telah diagih-agihkan kepada kakitangan Kementerian Pembangunan Insfrastruktur khususnya pekerja  B40 yang  terpaksa bertugas dan terkesan dengan penularan Pandemik Covid-19 dan PKPB.

Sumbangan tersebut diberikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Menteri Kerja Raya  Dato Sri Bung Moktar Radin (gambar)khususnya untuk meringankan bebenan kakitangan B40 dalam mendepani dugaan berhadapan dengan penularan wabak Covid-19 dan bertugas mengikut giliran semasa PKPB dikuat kuasakan.

Majlis penyampaian sumbangan tersebut dilakukan oleh Setiausaha Perhubungan Awam Menteri JKR Alfian Sambas yang turut dihadiri oleh Setiausaha Politik Menteri JKR Dr.Fadilah Fadilah Sarbi di Dewan serbaguna JKR Sembulan kemarin.

Menurut Bung dengan sedikit sumbangan tersebut diharapkan dapat membantu meringankan bebanan mereka yang terkesan dengan penularan Wabak ini.

” Kita menghargai komitmen mereka yang terpaksa bertugas walau dalam cabaran berhadapan dengan wabak ini dan PKPB yang dikuat kuasakan oleh kerajaan.


” SOP perlu diutamakan semasa bertugas, ini termasuklah sentiasa memakai pelitup muka, membasuh tangan dan sentiasa menjaga kebersihan”Katanya .

Bung Moktar

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.