KOTA KINABALU: Sebuah gudang perabot dan pejabat di Jalan Lintas Kepayan musnah semasa kebakaran pagi tadi.
Walau bagaimanapun, kebakaran ini tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa.
Pada jam 6.30am, pusat gerakan operasi Sabah telah menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS (999).
Balai Bomba Penyelamat Kota Kinabalu telah menggerakkan dua jentera FRT diiringi satu tanker dan satu utiliti Vigo telah bergegas ke lokasi sejauh 7 KM bersama kekuatan anggota seramai 20 orang pegawai pelbagai pangkat.
PBT I Jamaluddin Bin Hussin bertindak sebagai Komander Operasi.
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi(PKO) di lokasi kejadian, Kebakaran juga turut melibatkan 1 blok 5 lot kedai 2 tingkat jenis tidak kekal yang juga berkeluasan 15’X20’ setiap satu turut musnah 70 peratus.
“Operasi pemadaman oleh pihak bomba menggunakan sumber air tertutup. Pasukan Keluaran Operasi melakukan pemeriksaan akhir untuk memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetus bahaya kebakaran.”
Operasi tamat sepenuhnya pada jam lebih kurang 10:26:54 .
Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.