Kempen Astro Radio Sabah “Kami Care4 Sabah” kumpul 3.5 tan sumbangan

KOTA KINABALU: Warga Sabah bermurah hati menderma kepada pemacu derma Kami Care 4 Sabah yang di anjurkan oleh Astro Radio minggu ini, yang berjaya mengumpul 3.5 tan barangan sumbangan dari 19 hingga 23 Oktober 2020.

Barangan sumbangan ini terdiri daripada barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula, makanan dalam tin, kopi, mi segera, biskut, air minuman dan susu, yang di salurkan kepada keluarga-keluarga di Sabah yang terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dan Bilik Gerakan Bencana Negeri (BGBN) Sabah di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.  

Astro Radio Sabah, para pendengar dan rakan kongsi termasuk ‘Annona Bird’s Nest’, ‘PAGEBS’, ‘Popoutink’, ‘Passfume’, ‘Sazarice’, ‘Wah Yoon’, ‘V Magic’, ‘Daikin Pro Shop’ and ‘Tung E’ menyumbang ke kempen Kami Care 4 Sabah dengan membeli barang keperluan di tiga Pasar Raya Besar Bataras terpilih iaitu: Bataras Bandar Sierra, Bataras Bundusan dan Bataras Putatan.

Setelah selesai membeli, barang keperluan tersebut ditempatkan di stesyen #KamiCare4Sabah yang disediakan, berhampiran pintu keluar utama Pasar Raya Besar Bataras.  

Kami Care 4 Sabah adalah inisiatif dari ERA Sabah, HITZ Sabah dan MY Sabah dengan kerjasama ’Sazarice’ dan ’Bataras Hypermarket’. Untuk maklumat lanjut mengenai fasa kedua Kami Care 4 Sabah, ikuti media sosial ERA Sabah, HITZ Sabah atau MY Sabah. 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.