MIRI: Seramai 121 kru kapal Sapura Construction berjaya diselamatkan manakala seorang meninggal dunia dan 4 lagi masih belum ditemui.
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Datuk Mohd Zubil Mat Som mengesahkan pada lebih kurang jam 6.45 pagi tadi, Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC Putrajaya) telah menerima aduan dari kapal Sapura Construction melaporkan kapal telah menerima isyarat kecemasan dari kapal Dayang Topaz di posisi 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri.
Kapal Sapura Construction telah bergerak ke lokasi untuk mengesan lokasi sebenar kapal Dayang Topaz yang dilaporkan kapal terbabit mulai karam dengan 62 kru masih berada di atas kapal, manakala 125 kru lagi telah terjun ke laut.
Aset-aset bantuan telah segera bergerak ke lokasi yang merangkumi tiga kapal dan sebuah bot Maritim Malaysia di Miri bersama tujuh kapal dan bot milik syarikat Petronas dan Shell.
“Pihak MRCC Putrajaya kini sedang giat melaksanakan koordinasi lanjut bagi mencari dan menyelamat empat kru dalam Operasi Carilamat kru Kapal Dayang Topaz yang masih hilang . Punca kejadian masih siasatan.”
Zubil Mat Som