Mangsa lemas kanak-kanak 5 tahun ditemui di Tawau

TAWAU: Seorang kanak-kanak berumur 5 tahun telah ditemui pada jam 1130am hari ini di perairan Indonesia berdekatan Tanjung Aru, Pulau Sebatik Timur.

Mangsa Madsun Telson dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam laut semasa mandi di kawasan jeti Teck Guan Kampung Bergosong bersama kakaknya pada Oct 30 .


Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasalam berkata, pihaknya telah menerima aduan berhubung kejadian itu daripada penduduk setempat yang juga nelayan pesisir pantai memaklumkan bahawa satu mayat terapung ditemui di kawasan tersebut.


Bot Maritim Malaysia bersama bot penduduk tempatan terus digerakkan dan mayat mangsa ditemui lebih kurang 5.98 batu nautika tenggara Sg Melayu dalam perairan Indonesia.


Rundingan antara Maritim Malaysia dengan pihak berkuasa Indonesia menerusi Konsulat Indonesia di Tawau telah berjalan lancar dan mayat berjaya diambil di lokasi tersebut dan dibawa balik ke Tawau.

“Mayat mangsa telah dibawa ke jeti Kg Bergosong bagi proses pengecaman oleh ahli keluarga mangsa sebelum dibawa oleh pihak polis ke Hospital Tawau untuk bedah siasat.

Semua aset-aset terlibat dalam Op Carilamat yang diselaraskan oleh Zon Maritim Tawau masih meneruskan usaha mencari seorang lagi kanak-kanak yang hilang iaitu kakak kepada mangsa yang telah dijumpai.

Kepten Maritim Sivakumar berkata, aset Zon Maritim Tawau akan meneruskan operasi SAR ini walaupun pada masa yang sama aset-aset terlibat dalam Operasi Benteng mengawal ketat perairan Tawau daripada dicerobohi PATI dan dalam Operasi Khas yang menyekat perlakuan jenayah rentas sempadan.

Pasukan SAR turut melibatkan pasukan keselamatan lain seperti PDRM, TLDM, BOMBA, APM, RELA dan dibantu oleh penduduk Kg.Bergosong.


Jelas beliau lagi, pasukan SAR akan meningkatkan fokus pencarian di kawasan yang telah diperluaskan sehingga ke garisan sempadan Malaysia – Indonesia dengan pembahagian beberapa sektor.

Komuniti maritim dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan seorang lagi mangsa yang masih belum ditemui diminta untuk menyalurkan aduan ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-752115 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.