KOTA KINABALU: Analisis Jabatan Kesihatan negeri Sabah mendapati kes-kes yang menyumbang 3-angka statistik bagi Covid-19 berpunca daripada perjumpaan sosial di kalangan komuniti.
Menurut jurucakap Covid-19 situasi di Sabah Datuk Seri Masidi Manjun, 121 daripada 226 kes di Sandakan dan 146 daripada 212 di Kota Kinabalu merupakan kontak rapat dengan pesakit Covid-19.
“Seperti kejadian baru-baru ini, akad nikah di Sri Gaya dan Kudat… Situasi seperti ini akan membantu penyebaran jangkitan (Covid-19) dan kita tidak akan tahu siapa yang telah dijangkiti.
“Oleh itu, saya mohon sila elakkan perjumpaan yang boleh menyebabkan kita terdedah dengan jangkitan.
“Ini adalah masa untuk kita asingkan diri sendiri, kecuali ada keperluan, sila berada di rumah dan elakkan berhubung secara fizikal dengan rakan. ”
Hari ini terdapat 646 kes baru, 7 kematian dan tiga kluster baru di Lahad Datu, Sandakan dan Sepanggar.