SEMPORNA: Pelbagai agensi kerajaan telah membantu untuk mengagihkan bantuan asas kepada penduduk pulau Omadal di sini.
Pulau tersebut terletak lebih kurang satu jam perjalanan menggunakan bot. Lokaliti tersebut telah dikenalpasti sebagai salah satu cluster Covid-19 kebelakangan ini.
Keunikan pulau Omadal termasuk kewujudan komuniti masyrakat Pala’u, atau bajau laut yang merantau di perairan Semporna.
Semasa agihan bantuan pagi tadi, seramai 300 keluarga telah menerima keperluan makanan harian seperti beras, gula, minyak masak, tepung yang bernilai RM100.
Antara agensi yang terlibat termasuk Jabatan Kebajikan, Jabatan Kesihatan, RELA, APM, JHEAINS dan juga PPM.
“Bagi agihan dari rumah ke rumah, wakil pejabat daerah dibantu oleh anggota RELA dan APM menghantar sebakul bantuan pada setiap rumah. Nama dan keterangan ketua rumah diambil dan diisi di dalam borang yang disediakan.
“Untuk agihan secara berkumpulan. Semua ketua keluarga di Pondohan dikumpulkan dan senarai nama diperolehi dari wakil masyarakat Palauh. Pengagihan adalah secara satu persatu dan nama dicatit sebagai rekod.”
