Norma baru #PKPB: Perkahwinan tanpa majlis

KOTA KINABALU: Aktiviti majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan walaupun standard operating procedure (SOP) bagi pelanjutan Peraturan Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilonggarkan.

Jurucakap situasi Covid di Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata sejak PKPB bermula 13 Oktober 2020, SOP PKPB tidak pernah membenarkan aktiviti majlis perkahwinan termasuk sebarang majlis sosial juga adalah tidak dibenarkan.

“Mulai 10 November 2020, SOP PKPB di Sabah hanya membenarkan upacara pernikahan dan pendaftaran perkahwinan dibenarkan tetapi hanya dilakukan di pejabat agama/Jabatan Pendaftaran Negara?rumah ibadat/ persatuan agama bukan Islam.

“Hanya upacara tersebut dibenarkan dan tidak boleh diikuti dengan jamuan makan dan sebagainya.

“Ini adalah norma baharu pada masa ini yang perlu kita adaptasi dan biasakan agar semua pihak dapat memahami dan membiasakan dengan diri dengan amalan norma baharu ini dalam kehidupan seharian.”

Datuk Seri Masidi Manjun
Photo by Ekaterina Belinskaya on Pexels.com

Beliau memberi respon untuk soalan-soalan yang diajukan semasa sidang media maya semalam tentang keputusan kerajaan membenarkan aktiviti perkahwinan walaupun saringan kontak rapat menyumbang kepada jumlah kes yang tinggi di Sabah.

Antara kluster-kluster majlis sosial yang menyumbang termasuk Kluster Sri Gaya di Kota Kinabalu dan Kluster Inaid di Kudat (akad nikah) serta Kluster Mempulut di Keningau (kenduri arwah).

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.