Polis marin rampas ikan bom dan perahu

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin telah merampas ikan pelbagai jenis lebih kurang 25 kg dipercayai ditangkap menggunakan bahan letupan dalam satu operasi di perairan laut Kg Tobo Tobo Semporna.

Pasukan Polis marin, bom ikan, Semporna, Sabah

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, DSP Mohammad bin Ismail berkata semasa operasi semalam, mereka cuba menahan untuk memeriksa dua buah perahu.

“Apabila dihampiri kedua-dua perahu tersebut yang dinaiki dua lelaki setiap sebuah yang telah menyedari kehadiran Polis telah melarikan diri ke dalam kawasan bakau berhampiran.

“Rampasan telah dibawa ke pangkalan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna untuk tindakan selanjutnya. Kesalahan dibawah Akta Perikanan 1985.

“Dua buah perahu & muatannya telah ditahan dan kes disiasat dibawah Seksyen 52 (1) (a) Akta Perikanan 1985. Rampasan termasuk ikan hasil bom dianggarkan berjumlah berjumlah RM5,725.00. Kes diserahkan ke Balai Polis Bum-Bum utk siasatan lanjut”.

Menurutnya lagi, Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan apart sahaja maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggari undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0132831197.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.