Pengendali penghantaran makanan digalakkan tanggung ujian Covid-19 untuk kakitangan

KOTA KINABALU: Semenjak pandemik covid-19 melanda negara sejak awal tahun yang lalu sehingga ke hari ini, pelbagai operator pengusaha pengendali penghantaran makanan dan barangan menggunakan aplikasi atas talian telah menjadi barisan hadapan dalam perkhidmatan mereka.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan melihat perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan telah menjadi salah satu perkhidmatan yang begitu popular, kerana ianya begitu mudah digunakan hanya dengan memuaturun aplikasi yang ditawarkan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan

Disamping itu juga ia telah banyak membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang telah terkesan dengan kehilangan kerja, serta ia juga telah membuka peluang pekerjaan yang baru.

Mereka ini juga sanggup bekerja dengan keadaan cuaca apa sekalipun, namun sedar atau tidak, perkhidmatan mereka ini berdepan situasi berisiko dijangkiti Covid-19.Semua ini demi untuk meneruksan kelangsungan hidup seharian. 

“Melihat dengan keadaan ini, saya terpanggil untuk menyarankan agar semua operator pengendali perkhidmatan tersebut, untuk menghargai mereka dengan menawarkan pemeriksaan swab dan juga suntikan vaksin typhoid percuma kepada kakitangan mereka.

“Ianya juga boleh diklasifikasikan sebagai tanggungjawab sosial korporat pengendali perkhidmtan tersebut,” beliau berkata di satu kenyataan media.

Yakub berkata saranan tersebut dibuat berdasarkan keadaan semasa di Sabah di mana kadar positif yang membimbangkan.

“Kita tahu bahawa petugas dalam perkhidmatan tersebut, mereka agak mudah terdedah dengan pelbagai kemungkinan, yang boleh mengundang bahaya kepada mereka, keluarga, orang sekeliling serta bagi pemesan perkhidmatan yang ditawarkan.

“Tahap kebersihan dan keselamatan makanan ini adalaah satu perkara yang amat penting untuk dititikberatkan, kerana dengan kaedah mencegah adalaah lebih baik daripada mengubati.

“Bagi perkhidmatan penghantaran makanan pula, kita perlu memastikan kebersihan ketika ianya dalam proses disediakan sehingga sampai ke tangan penyedia perkhidmatan.”

Beliau juga berharap agar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dapat membantu untuk memantau perkara ini, terutamanya daripada segi rekod pekerja, tahap kebersihan pekerja, peralatan dan kenderaan yang diggunakan, ianya sesuai dengan kehendak didalam peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.