SESB ambil tindakan mulai Dec 7 untuk tunggakan bil lebih 9 bulan

KOTA KINABALU, 22 November 2020: Syarikat Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan melaksanakan pemotongan bekalan elektrik kepada pengguna yang mempunyai jumlah bil tertunggak melebihi 9 bulan.

Pemotongan akan dilaksanakan selepas 6 Disember 2020 dan pengguna adalah dinasihatkan untuk menjelaskan bil elektrik yang tertunggak bagi mengelakkan pemotongan bekalan ke atas premis dilaksanakan.


Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir. Norhizami Abu Hasan berkata adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk menjelaskan segera bil elektrik masing-masing setiap bulan walaupun SESB tidak melaksanakan pemotongan sejak Mac 2020 berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan bagi membendung penularan pandemik Covid-19 di negara ini.


Beliau berkata SESB membuat keputusan untuk memulakan operasi pemotongan bekalan disebabkan jumlah tunggakan bil pengguna yang telah mencecah jutaan ringgit.


“Rekod kami menunjukkan terdapat kumpulan pengguna yang tidak membayar bil elektrik selama lebih sembilan bulan dan secara tidak langsung keadaan ini akan memberikan impak yang besar kepada SESB,” beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media.

Notis pemotongan untuk menjelaskan bil akan dikeluarkan kepada pengguna berkaitan bermula pada 24 Nov, 2020 di mana pengguna akan diberikan tempoh selama 7 hari bekerja untuk memastikan tunggakan bayaran bil elektrik mereka dapat dijelaskan terlebih dahulu.

“SESB faham sememangnya ada pengguna yang terkesan dengan PKPB yang sedang dikuatkuasakan sekarang ini, justeru itu, SESB akan memberikan ruang kepada mereka yang mempunyai tunggakan bil elektrik berbincang dengan pihak SESB bagi mencari jalan penyelesaian yang baik,” katanya.

Sehubungan dengan itu, pengguna yang mungkin mempunyai kekangan kewangan untuk menjelaskan tunggakan bil elektrik mereka boleh menghubungi pegawai SESB di pejabat SESB berdekatan bagi tujuan perbincangan kaedah pembayaran yang bersesuaian.

“Nombor telefon pegawai SESB yang berkenaan akan dicetak pada notis pemotongan yang akan diserahkan kepada pengguna dan mereka boleh menghubungi pegawai tersebut untuk sebarang pertanyaan atau penjelasan bagi kaedah penyelesaian pembayaran tunggakan,” katanya lagi.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.