TAWAU: Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) telah membuat tangkapan 24 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia serta seorang Pemastautin Tetap (PR).
Kejadian tersebut berlaku di sektor OP BENTENG kawasan tanggungjawab Briged Kelima Infantri Malaysia (5 Briged) pada 22 Nov 2020 jam yang beroperasi di kawasan Serudong,Tawau, Sabah.
Tangkapan tersebut yang melibatkan 23 lelaki dan 1 wanita ditahan semasa menaiki lori dan motorsikal melalui jalan yang sama untuk balik ke Kampung di Indonesia.
Hasil Siasatan, kesemua PATI tidak mempunyai sebarang pengenalan diri yang sah.
Nilai kesemua tangkapan dan barang rampasan dianggarkan mencecah hampir RM 39,820.00.
Antara barang-barang yang dibawa ialah pakaian dan barangan peribadi, 50kg gula, sebuah motorsikal dan 2 buah lori.
Kesemua PATI dan seorang Pemastautin Tetap (PR) beserta barang rampasan telah dibawa ke Balai Polis Kalabakan untuk siasatan lanjut.
Trup Tentera Darat yang melaksanakan operasi akan meneruskan kawalan di sempadan daratan bagi memastikan Op BENTENG dapat diperkukuhkan dari aktiviti PATI demi keselamatan negara.
Sumber kenyataan media dan gambar: MINDEF