Community

MYHackathon 2020 tonjol kreativiti rakyat Sabah dalam mencari penyelesaian digital

MYHackathon 2020 mempelawa rakyat Sabah untuk menyertai pertandingan inovasi bagi mewujudkan penyelesaian digital yang dapat membantu memperbaiki sistem penyampaian awam.

Peserta yang berjaya mempamerkan penyelesaian digital terbaik berpeluang memenangi hadiah menarik, termasuk geran bersyarat berjumlah RM250,000.

MyHackathon adalah satu siri pertandingan hackathon di seluruh negara anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Cradle Fund selaku penaja utama bersama Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (SCEIC) selaku rakan strategik.

Pendaftaran kini dibuka kepada rakyat Sabah yang berminat melalui laman sesawang https://myhackathon.com.my.

Mereka yang berumur 18 tahun ke atas layak menyertai hackathon bertemakan Rakyat Produktif bagi siri Kota Kinabalu yang akan bermula pada 30 November ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle Rafiza Ghazali, berkata tumpuan hackathon Kota Kinabalu ialah untuk mengukuhkan produktiviti nasional – ke arah memudahkan dan memperkemas perkhidmatan kerajaan yang boleh meningkatkan produktiviti.

“Peserta akan membantu mencari penyelesaian digital terhadap masalah yang berkaitan dengan pencari kerja, persijilan halal, program latihan yang memenuhi keperluan industri dan ‘Data Besar’ untuk sektor ekonomi,” katanya.

Hackathon berkenaan dibahagikan kepada dua kategori – Sprint dan Marathon. Peserta boleh terdiri daripada dua hingga lima orang dalam satu kumpulan bagi setiap kategori.

Maklumat lanjut mengenai hackathon Rakyat Produktif boleh diperolehi melalui laman sesawang https://www.myhackathon.com.my/kk.

Ketua pegawai eksekutif Kumpulan Cradle Rafiza Ghazali

Rafiza berkata, peserta yang mendaftar bagi kategori Marathon yang menawarkan geran bersyarat RM250,000 perlu menyelesaikan masalah kerajaan yang dinyatakan.

Walaupun memenangi hadiah adalah bonus tambahan kepada peserta, beliau berkata matlamat utama mereka adalah membantu menaik taraf kehidupan rakyat di seluruh negara menerusi penyelesaian digital dan memperkaya pembangunan keusahawanan teknologi selain ekosistem.

“Selepas kajian dijalankan pihak MAMPU, kita mengenal pasti lebih 100 kenyataan masalah berdasarkan situasi kehidupan sebenar rakyat dan isu-isu yang sangar memberi kesan kepada mereka.”

“Menerusi MyHackathon 2020, kita bukan saja berharap untuk memperbaiki kualiti hidup rakyat, malah kita juga berharap untuk menaikkan semangat altruisme dan memupuk inovasi dalam kalangan rakyat sama ada di bandar atau luar bandar.”

Sementara itu, sebagai rakan strategik, SCEIC membantu Cradle Fund untuk membawa lebih ramai peserta dari Sabah dan menjadi penghubung di antara syarikat permulaan dalam bidang teknologi, usahawan di Sabah dan MyHackathon 2020.

Pengurus Besar SCEIC Viviantie Sarjuni

Sejak dilancarkan pada April lalu, Pengurus Besar SCEIC, Viviantie Sarjuni, berkata SCEIC memberi kesan kepada lebih 1,000 individu daripada pelbagai latar belakang keusahawanan.

“Sabah begitu besar dan kita yakin ada ramai yang berbakat di luar sana. Kita hanya perlu menggalakkan mereka untuk mencari penyelesaian melalui penyertaan dalam pertandingan seperti ini.

“Kita berharap dapat mendedahkan lebih banyak penyelesaian inovasi dan teknologi kreatif daripada akar umbi. Pandemik memaksa kita untuk berfikir di luar kotak dan mencari penyelesaian terhadap isu yang berlaku dalam masyarakat kita,” katanya.

Viviantie berkata, MyHackathon juga memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan peluang pekerjaan lebih baik pada masa depan memandangkan majikan pada masa ini mahukan calon yang boleh memahami, menghadapi cabaran dalam industri dan menyediakan penyelesaiannya.

Menerusi pertandingan seperti ini, beliau berkata SCEIC berharap untuk mengasuh hubungan kerja di antara sektor swasta, kerajaan, institusi pengajian tinggi dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam membawa agenda inovasi, teknologi dan kreativiti.

“Dalam acara ini, kita membentuk satu jawatankuasa penganjur merangkumi NGO dan institusi pengajian tinggi kerana pentingnya usaha secara kolaborasi.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada Borneo Startups Community, Kinabalu Coders, Rambutan Code Academy, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Technologi Mara (UiTM) dan Politeknik Kota Kinabalu kerana menyertai dan membantu SCEIC dalam mempromosikan acara ini,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.