Community

Sisa klinikal di Sabah mencecah 13 tan metrik sehari

KOTA KINABALU: Negeri Sabah menerima antara 6 sehingga 13 tan metrik sisa klinikal sehari.

Menurut jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun, hanya terdapat satu syarikat iaitu Sedafiat Sdn.Bhd yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan sisa-sisa daripada hospital dan pusat kuarantin di Sabah.

“Menurut pemantauan Jabatan Alam Sekitar, Sedafiat menerima lebih kurang 6 Tan Metrik hingga 13 Tan Metrik sehari sisa klinikal yang merangkumi sisa buangan dari 45 pusat kuarantin di Negeri Sabah.

“Pihak JAS memantau secara harian kuantiti sisa klinikal yang diterima untuk rawatan dan pelupusan oleh syarikat berkenaan sejak Mac 2020 iaitu sejak awal penularan pandemik COVID-19.

“Pemeriksaan yang dijalankan mendapati memang terdapat pertambahan sisa klinikal berikutan peningkatan kes Covid-19 yang tinggi di Sabah,” beliau berkata di suatu sidang media maya.

Masidi menjawab soalan pemberita berkenaan dengan isu longgokan sisa klinikal di Lok Kawi dan penyelesaian yang akan diambil oleh pihak kerajaan.

Antara langkah-langkah yang akan diambil termasuklah mencari kaedah pembungkusan sisa klinikal yang lebih efektif bagi untuk mengurangkan longgokan sisa klinikal di luar premis, membina insinerator, memberi kebenaran kepada Syarikat tersebut agar lambakan sisa klinikal tersebut dilupuskan di Semenanjung Malaysia.

“Pihak KKM telah diminta untuk memaklumkan mengenai penghantaran kontena-kontena sisa klinikal ini kepada Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Kastam DiRaja Malaysia bagi tujuan melancar dan mempercepatkan penghantaran sisa klinikal ini untuk dirawat dengan segera.”




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.