KOTA KINABALU: Proton Edar melalui pengedar Fook Loi Corporation telah meminjamkan 8 Proton X70 yang baru untuk Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).
Menurut timbalan pengarah JKNS Dr Asit Sanna, usaha tersebut amatlah dihargai dalam usaha bersama menangani pandemik Covid-19 yang melanda Sabah.
“Kenderaan tersebut akan digunakan untuk tujuan pengawalan penyakit, pengesanan kontak rapat dan penguatkuasaan pematuhan SOPs di premis premis tertentu.
“Sememangnya Proton telah membantu frontliners terutama dalam kemudahan logistik,” beliau berkata semasa penyerahan kereta-kereta yang akan dipinjam untuk 3 bulan.
Turut hadir pengarah eksekutif Fook Loi Corporation Sabah Sdn Bhd Thomas K.Y.
