KOTA KINABALU: Seorang lelaki warganegara Indonesia disahkan meninggal dunia dua jam selepas mahkamah majistret menjatuhkan hukuman penjara 6 bulan dan penghantaran balik.
Dikenali sebagai Hadirun, lelaki berumur 42 tahun itu telah didakwa dibawah kesalahan Sek. 15(1)(a) ADB 1952.
Menurut kenyataan police, apabila hukuman dibaca lebih kurang jam 10.57am, lelaki tersebut pengsan.
Pihak mahkamah telah menghubungi ambulance dan menghantar mangsa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Lebih kurang jam 12.06pm tadi, lelaki tersebut disahkan telah meninggal dunia dan dipercayai disebabkan serangan jantung.