TAWAU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menahan seorang wanita kerana disyaki cuba membawa masuk barang-barang keperluan harian ke daerah ini tanpa permit yang sah, di sini awal pagi Isnin.
Komander ESSCOM DCP Datuk Ahmad Fuad Othman berkata wanita berkenaan ditahan ketika dalan perjalanan dari negara jiran menuju ke perairan Muara Sungai Tawau Lama, batu 3, tawau dengan menaiki sebuah jongkong.
Beliau berkata bertindak atas maklumat penyeludupan kira-kira jam 3.00 pagi itu, sepasukan anggota pasukan keselamatan yang terdiri daripada Pasukan Polis Marin, Pasukan Gerakan Am Batalion 14, Angkatan Tentera Malaysia yang diketuai oleh seorang anggota ESSCOM ketika sedang dalam rondaan Op Cegah Pati (OCP) daratan telah diatur gerak menuju ke lokasi kejadian.
“Apabila sampai di tempat kejadian, telah mengesan dan tahan sebuah jongkong yang sarat dengan muatan barang-barang disyaki cuba diseludup masuk ke negara ini.”
“Pemeriksaan lanjut terhadap jongkong menemui seorang wanita berada di dalam jongkong bersama dengan barangan seludup tersebut”.
“Siasatan lanjut mendapati wanita berkenaan mengakui cuba membawa masuk barangan tersebut tanpa memiliki sebarang permit atau surat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan”, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya lagi antara barangan yang dirampas termasuk 20 kotak gula merah indonesia, 1 kotak perikuk kukus, 12 buah kuali kawah, 6 kotak kuali aluminium, 1 karung penyapu, 1 karung kain baju daster, 9 karung beras pulut hitam, 4 karung cheddar cheese, 8 karung serbuk kuku bima, 2 karung sambal pechal, 2 karung serbuk cincau, 6 karung serbuk minuman pop ice, 3 karung kertas tembakau, 14 karung perasa masakan masako dan 1 karung batang kayu penyapu.
“Turut dirampas perahu kayu jenis jongkong bersama enjin sangkut yamaha 40hp dengan nilai keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlh RM40,000.00”, katanya.
Beliau berkata suspek wanita, 43 tahun pemegang pasport Indonesia yang masih sah itu bersama barang-barang rampasan telah dibawa ke ibu pejabat polis Tawau untuk siasatan lanjut.
Kes akan disaisat dibawah seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.
Sementara itu, Ahmad Fuad menyeru kepada semua lapisan masyarakat khususnya komuniti pesisir pantai agar sentiasa memberikan kerjasama termasuk menjadi mata dan telinga pihak pasukan keselamatan.
Sumber kenyataan dan gambar: ESSCOM