SESB menanggung kerugian RM30 juta disebabkan kecurian elektrik

KOTA KINABALU: SESB mengalami kerugian dengan anggaran RM20 hingga RM30 juta setahun akibat kecurian elektrik dan sambungan haram.

Semasa kunjungan hormat syarikat utiliti kepada Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan (KKTP) Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, CEO SESB Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid telah membangkitkan isu tersebut terutama yang membabitkan penempatan setinggan.

“Masalah sambungan elektrik secara haram di penempatan setinggan bukan sahaja
mengakibatkan gangguan bekalan di kawasan setempat malah memberi ancaman keselamatan
kepada orang awam sehingga boleh membawa maut akibat renjatan elektrik serta menjadi
punca kes-kes kebakaran di kawasan setinggan itu sendiri.

“SESB juga mengalami kerugian dengan anggaran RM20 hingga RM 30 juta setahun akibat kecurian elektrik dan sambungan haram,” belieau berkata di satu kenyataan media.

Rombongan SESB turut dihadiri oleh barisan pengurusan SESB iaitu Pengurus Besar Kanan
(Pengurusan Aset) Ir. Norhizami Abu Hasan, Pengurus Besar (Kewangan) Puan Lisa Wan dan
Pengurus Besar (Perkhidmatan Korporat) Puan Alesia Sion.

Sumber kenyataan akhbar dan gambar: SESB

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.