PENAMPANG: Selepas kejadian pengesanan kluster Kupi-kupi, penduduk di daerah Penampang dikejutkan lagi dengan notis-notis penutupan premis premis perniagaan disebabkan Covid-19.
Pada hari ini, pihak Alliance Bank Malaysia Berhad memaklumkan bahawa seoarang staf mereka di cawangan Donggongon telah disahkan positif Covid-19 pada Dis 9.
“Beliau kini tengah mendapatkan rawatan di satu hospital kerajaan. Walau bagaimanapun, staf tersebut tidak masuk ke pejabat semenjak Dis 5.
“Selaras dengan panduan keselamatan dan kesihatan bank untuk Covid-19, kami telah memaklumkan pekerja yang mempunyai kontak rapat berkenaan dengan kejadian tersebut.
“Pihak kami juga telah mengatur staf-staf untuk menjalani ujian COvid-19 dan menasihati mereka untuk kuarantin di rumah,” menurut satu kenyataan.
Bank tersebut juga akan ditutup sehingga satu tarikhyang akan diumumkan untuk tujuan sanitasi.
Selain itu juga, supermarket CKS Donggongon juga telah mengumumkan penutupan premis sehingga ujian kedua Covid-19 untuk pekerja setelah seorang staf dikesan positif.
Farmasi Sunlight juga mengesahkan seorang pekerja di cawangan Donggongon telah dijangkiti.
Setakat semalam, daerah Penampang mencatatkan 326 kes positif untuk tempoh 14 hari.